Tuesday, September 1, 2009

Program Mentor Mentee 2009


salam ala'ik

Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi apabila Exco Akademik dan Kejaya KUO sesi 2009/2010 telah berjaya menganjurkan satu program yang julung-julung kalinya diadakan iaitu program Mentor Mentee pada 28, 29 dan 30 Ogos 2009. Bertempat di dewan KUO dan Kalumpang Traning Center Resort, program ini berjaya dilaksanakan dengan cerlangnya. Program ini diadakan kepada ahli kelab Fasilitator KUO yang baru sahaja diwujudkan. Tujuan sebenar program ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Mahasiswa kolej, KUO adalah melahirkan fasilitator yang berkaliber serta berharap pelajar KUO yang cemerlang dalam bidang akademik bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti kolej. Pengakhirannya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Mentor Mentee 2009 seperti Penasihat program, En Mohd Syahdan bin Mohd Salleh, JMK KUO dan RE Akademik dan Kerjaya.



Montaj program mentor mentee yang dianjurkan oleh Exco Akademik n kerjaya

sekian
exco akademik n kerjaya kuo


Tuesday, August 11, 2009

Atasi Tekanan Anda

Salam A'laik

Sebagai individu yang bergelar mahasiswa/i di intitusi pengajian tinggi, kita sebenarnya tidak mampu lari daripada masalah tekanan yang wujud terutamanya dalam pembelajaran. Oleh itu, sedikit bingiksan daripada Exco Akademik dan Kerjaya KUO, bagaimana sebenarnya kita sebagai pelajar mampu menangani masalah tersebut.


Kaedah Mengatasi Tekanan


Kenali tekanan:

Gejala-gejalastres’atau tekanan mencakupi mental, sosial dan fizikal. Maslah tekanan meliputi keletihan, kehilangan atau meningkatnya nafsu makan, sakit kepala, sering menangis, sukar tidur dan tidur yang berlebihan. Seringkali, individu yang menghadapi tekanan atau stress cuba menghilangkan gejala tersebut dengan cara yang salah seperti meminum arak, mengambil dadah dan ke pusat hiburan.

Sekiranya anda merasakan tekanan mempengarughi pelajaran,
cuba ke pusat kaunseling bagi tujuan membantu masalah anda.

Manajemen tekanan adalah kemampuan untuk mengendalikan dan mengawal diri ketika situasi, individu, dan kejadian-kejadian yang ada memberi tuntutan yang berlebihan. Apakah yang dapat kita lakukan bagi mengatasi tekanan yang dihadapi? Langkah-langkah yang ada?

Perhatikan persekitaran anda
Lihatlah mungkin ada sesuatu yang benar-benar dapat anda ubah atau kendalikan dalam situasi tersebut.

Belajarlah cara terbaik untuk merehatkan diri anda
Meditasi dan latihan pernafasan terbukti efektif dalam mengendalikan tekanan. Berlatihlah untuk merehatkan pemikiran anda ketika menghadapi tekanan dan masalah

Jauhkan diri anda dari situasi-situasi yang menekan
Beri diri anda ruang dan kesempatan untuk beristirahat biarpun beberapa saat setiap hari.

Tentukan tujuan yang realistis bagi diri anda sendiri
Dengan mengurangi jumlah kejadian-kejadian yang menganggu kehidupan anda, anda akan dapat mengurangkan beban tekanan.

Jangan memperbesarkan masalah yang kecil
Cubalah untuk mementingkan beberapa hal yang benar-benar penting dan biarkan yang lainnya mengikuti.

Jangan membebani diri anda secara berlebihan
dengan mengeluh mengenai seluruh beban kerja anda. Tangani setiap tugas sebagaimana mestinya, atau tangani secara selektif dengan memperhatikan beberapa prioritas.

Secara selektif ubahlah cara anda bereaksi
Tapi jangan terlalu banyak sekaligus. Fokuskan pada satu masalah dan kendalikan reaksi anda terhadap hal ini.

Ubahlah cara pandang anda
Belajarlah untuk mengenali tekanan. Tingkatkan reaksi tubuh anda dan cuba menghadapi tekanan.

Hindari reaksi yang berlebihan;
Mengapa harus membenci jika sedikit tidak suka sudah cukup? Mengapa harus merasa bingung jika cukup dengan hanya merasa gugup? Mengapa harus mengamuk jika marah saja sudah cukup? Mengapa harus menangis jika cukup dengan merasa sedih?

Lakukan sesuatu untuk orang lain
Untuk melepaskan fikiran anda daripada masalah cuba membantu orang yang memerlukan bantuan.

Tidur secukupnya
Kurang tidur berlebihan sekiranya ia memperburukkan tekanan.

Hindari tekanan
Dengan kegiatan-kegiatan fizikal seperti melakukan aktiviti sukan, memasak dan bersiar-siar.

Hindari diri anda daripada mengambil ubat-ubatan yang merbahaya Minuman yang memabukkan dan ubat-ubatan dapat menyembunyikan tekanan.

Tingkatkan ketahanan diri anda
Saya membuat diri saya sendiri yang sedih sedih?. Saya perlu kuat!

Cubalah untuk memanfaatkan tekanan
Jika anda tidak dapat melawan apa tekan yang mengganggu anda, dan tidak dapat menghindari masalah tersebut, berjalanlah seiring dengannya dan cubalah untuk memanfaatkannya secara produktif.

Cubalah untuk menjadi seseorang yang positif

Tanamkan pada diri anda bahwa anda merupakan individu yang dapat mengatasi tekanan dengan cara yang baik. Sebenarnya, tekanan dapat membantu ingatan, terutamanya pada ingatan jangka pendek dan tidak terlalu kompleks. Tekanan dapat menyebabkan peningkatan glukosa yang menuju otak, yang memberika tenaga yang lebih pada neuron. Hal ini akan meningkatkan pembentukan dan pengembalian ingatan yang lain. Di samping itu, jika tekanan terjadi secara terus-menerus, ia dapat menghambat pengiriman glukosa dan turut mengganggu ingatan.


Saturday, August 8, 2009

Salam Buat Semua

SALAM

Selamat kembali pelajar-pelajar UPSI terutamanya pelajar-pelajar KUO. Semoga kita semua dijauhi dengan virus H1N1 yang semakin berleluasa di Malaysia. Diharapkan pelajar-pelajar KUO mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kesihatan dengan sempurna

Exco Akademik dan Kerjaya KUO

SAMA BERKONGSI

SAHABAT SETIA

 

akademik dan kerjaya | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates